Saturday, May 26, 2018

Engineer Mek Gi Jepon

DAY 1: 16 Mei 2018

Bermulalah musafir mek ke Jepon
Terima kasih kepada suami mek yang memberi izin untuk mek ke Jepon dan anak yang sanggup bangun awal pagi hantar mami ke airport
 Mek dan saing mek, Bidayah, Alhamdulillah ada teman musafir mek dibumi nihon, sama2 anak ramai. Kalau teringat kat anak dan family sama2lah mek tiok dengan dia.
 Mek rasa bersyukur sangat pada Allah taala, lama doh rasanya nok gi Jepon ni, Wamakaru WamakarAllahu maala makirin... semoga setiap langkah mek dibumi Nihon dalam radar Allah S.W.T
Lambat pulak takeoff sepatutnya 7.30, 8.30 baru berlepas, begitulah perancangan makhluk tidak akan sentiasa sempurna...

 Dalam 15.30 ptg mek dah nampak bumi Nihon, mek nampok sawah padi, mek pelik negara maju tapi banyak kawasan padi...
Sedikit info untuk saing2 mek Malaysia kawasan bertanam padi adalah 650 000 hektar...setakat ni hasil padi kita mampu menampung  70% dari keperluan beras untuk negara selebihnya 30% kita bergantungkan kepada beras import..😥
Berbalik kepada bumi Nihon cuba teka la berapa luas kawasan bertanam dia?

 Mek dah sampai transit jap kat Narita, wakil JICA dah tunggu mek dan saing mek..

 Kami nak bus pulok naik kapal terbang ke Sapporo.. lupa nak bagi tahu kami naik ANA
Semua tiket pergi balik  JICA dah bagi awal lagi.

 Mek asyik dapat duduk kat sayap jer, tak pe syukur Alhamdulillah .

 Yeay, Alhamdulillah sampai di Hokkaido, Sapporo kira ibu Negeri Hokkaido


 Wakil JICA dah sambut dan naik Van pulol sejam ke Hokkaido JICA center
 Dalam pukul 9.30 sampai JICA center
 Ni bilik mek... Alhamdulillah selesa
 Meja study
 Makan untuk mlm dan sahur dah siap-siap dipack Alhamdulillah. Ok nanti Mek sambung lagi...insyallah, Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment